Monday, February 14, 2022

Comeback ke Blogspot

 السلام علیكم

Lama sangat dah rasanya tinggalkan blog ni. 5 tahun lepas zaman Facebook &Instagram. Sampai sekarang pun memang Erin duk guna FB dan IG je. Tiktok pun entah berapa kali install, uninstall balik. Memang bukan jiwa lah orang kata haha.

Sejak seminggu yang lepas passion pada writting tu datang semula. Tapi lebih gunakan medium Facebook untuk buat copywritting produk yang Erin jual sekarang. Seminggu straight perah otak buat copywritting terasa macam otak segar betul. Macam otak tu pergi lari-lari travel kejap and come back fresh gitu. Lepas seminggu challenge buat copywritting, entah harini tiber teringat pulak kat blog ni. Mujur lah hidup lagi ye tak?

So today just warming up je lah eh hahahaha. Nak recall balik cara-cara buat posting dalam blog. Function dengan blogging ni lebih complex. Facebook lebih mudah rasanya. Cuma sajalah, daripada dibiarkan bersawang blog ni, boleh lah kita manfaatkan semula. Feels balik positive vibes masa zaman-zaman rajin berblogging dulu. Masatu blog is my page, my region gitu. Nak share anything pun orang tak boleh nak kata apa sebab blog kita. Beza dengan zaman sekarang ni.Share makan itu salah, share beli ini salah, semua pun salah. Trend blogging dulu umpama kita berkawan through alam maya semata.

Memang tak kenal pun. Ada fews yang jadi sahabat kat ig sampai sekarang. Walaupun tak pernah jumpa. Memang totally kenal through blogging je. Mungkin zaman-zaman tu manusia-manusia yang lahir bukan jenis yang suka judge. Clan 92 can relate kan? Umur 30 dah kita ni. Bila sebut umur baru lah terasa tua. Anak pun dah dua, nak masuk tiga. 

So, kalau nak cuci mata tengok product Erin jual boleh try klik link kat bawah ni. Korang pernah dengar produk dari Jamu Tun Teja? Haa Jamu Tun Teja ni bukan ada jamu semata-mata. Jamu yang lepas labtest dan lulus KKM. Erin dah consume & guna since 2019. Ada macam-macam dan semuanya herbal based tau. Daripada supplements herba (jamu), skincare, bodycare, haircare, spa series, fitness care, lipcare, dan yang terbaru ada aromatherapy! No worries sebab memang pure herbs. Setiap produk tu dari bau je memang rasa feel ala-ala spa gitu. Ada beberapa produk yang ada minyak pati (essential oils) kat dalamnya. EO pulak memang jenis EO yang beri manfaat untuk kulit tau.


WEBSITE JAMU TUN TEJA

INSTAGRAM

FACEBOOK










Semoga urusan kita dipermudahkan hari ini. InsyaAllah.

terima kasih sudi baca :)

Wednesday, January 4, 2017

Trip Yogyakarta, Indonesia

السلام عليكم

Saja nak share trip pergi Yogyakarta 5-8 Oktober 2016. Dan saja nak hidupkan balik blog ni. Dan sebenarnya rindu nak menaip!

Macam mana aku boleh pergi ke Jogja, dan macam mana aku boleh gila buat planning dalam masa sebulan je! Haha. Ini nampak macam gila, tapi semuanya pengalaman. Pertama kali aku pergi luar dari Malaysia. Walaupun lahir dan membesar kat Johor, Singapore pun aku tak pernah pergi.

Ikutkan melancong bukanlah benda baru dalam hidup aku. Sebab dari kecik dah biasa dibawa merata pergi berjalan. Boleh dikatakan semua negeri dalam Malaysia aku dah pergi kecuali pulau-pulau je. Pulau Pinang dan Langkawi tu lain lah. Dah banyak kali sangat pergi. Dulu pun diploma kat Penang kan.

Punca aku boleh terjebak nak ke Jogja ni pun disebabkan oleh seseorang. Aku pun taktau macam mana aku boleh gila nak ikut last minute. Masa tu dalam lebih kurang sebulan je dari tarikh nak pergi. Si Kaka ni dah beli tiket 3 bulan sebelum tu. Yang jadi berkobar-kobar aku nak pergi pun sebab masa tu dah stress gila asyik kerja tek berhenti. Padahal minggu depannya ada trip pergi Langkawi woi.

Agaknya memang dah rezeki dan takdir aku nak jejak kaki kat Jogja, so harga tiket pun boleh tahan mampu beli jugak la. Dalam RM350 return (JB-KL-Jojga-KL-JB). Itupun kebetulan ada duit, kalau tak harga macam tu gigit jari je lah. 

Dalam masa sebulan tu lah aku plan dengan Kaka pasal hotel, supir, tempat-tempat yang kitorang nak pergi nanti. Memang taknak ambil trip/pakej. Lagipun aku percaya dekat Kaka sebab dia dah pernah pergi sana. Kalau tak memang tak berani aku. First time pergi luar negara kan mesti lah ikut orang yang berpengalaman. Hihi.

Kami menginap dekat Adhisthana Hotel. Serius best! Rasa macam hotel 5 star dah tu sebab ada swimming pool, bilik ada tv, aircond siap dapat free breakfast lagi. Harga dalam RM90 satu malam. Boleh kata murah lah walaupun sebenarnya ada lagi pilihan yang lagi murah around RM30-RM50 tapi bilik macam dorm lepas tu bilik air share. Kaka kata takut tak selesa je. Lagipun aku first time pergi tempat orang takut jugak dapat tempat tak semenggah. So, ikut je lah cadangan dia. Total penginapan IDR3Juta.

Sepatutnya jugak dalam perancangan macam ramai je kan. Tapi last-last jadi 4 orang. Hmmmm biasa lah kan planning pergi travel ni.

Adhisthana Hotel

Untuk supir pulak, Kaka just hired supir yang dia pernah guna dulu masa dia pergi Jogja. Harga sehari dalam RM200 tak silap untuk tempoh 10 jam. Kami pergi 4 hari tapi hari ke-4 tu dapat lah IDR50k sebab kami terus pergi airport. So, RM200 x 3 hari. Nanti bahagi-bahagi lah dengan berapa orang yang kau share naik sama-sama tu.



Hari Pertama

Sebab kami sampai dalam tengah hari, so sampai-sampai je terus pergi lunch. Supir tu bawak pergi makan kat restoran ala-ala diraja gitu. Boleh tahan jugak lah 4 orang makan dalam RM100 lebih. Fuhh raja kan!


First Day Lunch

Lepas lunch, kami check-in hotel lepak-lepak jap rehat sebab badan aku pun dah kematu semalamnya tidur kat airport. Naik flight 2 jam setengah pulak.

Our first destination is Hutan Pinus. Weyyy masa mula-mula sampai tu aku punya jakun takyah cakap lah. Haha. Sebab tempatnya cantik sangatttt! Sumpah tak tipu. Rasa taknak balik pun ada. Tapi sebab kitorang sampai situ pun dah nak gelap, tak dapat nak berlama-lama. Kat Hutan Pinus tu masuk FREE. Cuma bayar duit parking kereta sahaja.


Hutan Pinus

Cantik kan! Memang cantik kalau nak photoshoot untuk wedding ke, apa ke. Rasa rugi sebab tak dapat lepak lama-lama kat sini woi.

Lepas pergi Hutan Pinus, supir bawak kitorang pergi Pantai Parangtritis tengok sunset. Tapi masa sampai sunset dah tak ada. Cantik jugak lah pantainya kalau waktu siang. 


Pantai Parangtritis



Hari Kedua

Hari kedua, dalam perancangan kami sepatutnya pergi Gunung Merapi, Goa Pindul dan Pantai Timang. Tapi sebab ada kesulitan yang sangat dikesali so tak dapat teruskan trip petang tu. Lepas aktiviti kat Goa Pindul, terus balik hotel.

Gunung Merapi ni, nak pergi kena gerak dalam pukul 3 pagi macam tu. Ye memang gila. Haha. Dengan mata kuyu bangun lah bersiap. Sepanjang jalan tu semua orang tidur. Aku je tak boleh tidur walaupun ngantuk tahap tak ingat. Ingatkan lepas tidur kat airport dapat lah tidur selesa tapi kena bangun awal pulak. Lagipun pagi tu memang rasa macam ada yang tak kena je. Hmm

Ke Gunung Merapi ni kena sewa Jeep. Harga dalam IDR350k tak silap lah. Mencabar betul naik Jeep ni. Aku yang tengah migrain terus hilang sakit. Ibu-ibu mengandung sangat tak digalakkan.



Gunung Merapi

Kat sini lagi lah aku rasa macam taknak balik. Sejuk. Tenang. Damai. Cantik. Bahagia. Kat sini tujuan sebenarnya bukan saja-saja tengok gunung. Tapi sebab nak tengok sunrise katanya. Tapi aku memang tak heran sangat dengan sunrise tu. Duk termenung tenung gunung je. Tenang weyy. Memang dilahirkan untuk mencintai alam semulajadi kot.


Ni tempat emergency kalau Gunung Merapi tu meletus (bilik bawah tanah)

Lepas tengok sunrise, driver Jeep akan bawak korang pergi tengok batu alien. Batu ni rupa macam alien. Kalau nak tau batu ni sebenarnya batu yang terbang dari gunung ni masa meletus dulu. Besar kot. Jauh pulak tu terbang. Tetiba terbayang kalau masa tu lahhh dia meletus macam mana lah kan.


Batu Alien
Lepas tengok batu alien, driver akan bawak korang pergi ke muzium. Sebenarnya bekas rumah orang yang dulunya jadi mangsa letusan Gunung Merapi tu. Baru jugak tak silap dalam tahun 2005 camtu. Hancur semua yang ada kat rumah tu. Dari rumah tu nampak lah gunung walaupun jauh, tapi kalau dah nama berapi kan.


Ni lah rumah yang jadi mangsa tu. Dah jadi muzium dah.

Dari tempat kami tengok sunrise tu, ada macam gaung tapi lebih kepada bentuk longkang. Besar sangat. Itu lah bekas lava mengalir. Uish tak dapat bayang macam mana dasyat ek gunung berapi ni.


Sebelah tu gaung, bekas lava mengalir.

Lepas tengok gunung merapi, kami ke Goa Pindul. Jauh jugak perjalanan antara satu tempat nak pergi tempat lain. Bosan. Tapi macam biasa lah aku tetap tak boleh tidur taktau kenapa.

Sampai kat Goa Pindul, kami terus bayar duit untuk Rafting dengan masuk gua. Mula-mula pergi rafting dulu sebab katanya pagi-pagi ni tak panas sangat. Lepas rafting baru masuk dalam gua. Total fee untuk rafting dengan masuk gua tu around IDR370K seorang.

Boleh pilih sebenarnya nak masuk gua yang mana satu dan nak buat aktiviti apa. Kami pilih Rafting Sungai Oya tu pun sebab belek-belek itinerary orang-orang yang ke Jogja banyak reccomend. Pada aku, takde lah best mana. Biasa-biasa je sebab setakat duduk atas tiub pastu menyusur sungai je. Takde lah lama mana pun. Tapi boleh lah.


Sungai Oya Rafting

Goa Pindul ni nak masuk kena jalan kaki dulu sambil usung tiub tu. Masa ni aku memang rasa tak berapa nak seronok. Taktau sebab cuaca panas ke apa ke, atau memang dah takdir ada benda buruk nak jadi ke. Tapi memang tak seseronok macam masa sampai kat Hutan Pinus dengan Gunung Merapi.

Ok, sepanjang kau menyusur dalam gua tu guide tu akan cerita lah segala macam cerita yang perlu dicerita mengenai gua tu. Lama jugak. Gua tu sangat panjang dan gelap. Aku sepanjang perjalanan duduk atas tiub tu memang rasa tak selesa sebab badan asyik nak tenggelam je ke dalam tiub. Sakit tengkuk.


Dalam perjalanan ke Goa Pindul


Yang paling aku tak boleh terima, dah sampai penghujung gua tu. Sepatutnya semua menikmati keseronokan berakhirnya perjalanan menyusur gua tu. Sebab kat situ view agak cantik. Ada lubang dari atas, so ada cahaya masuk sikit dalam gua. Lepastu kat situ jugak dibenarkan kau buat aksi terjunan bebas.

Sebab kitorang adalah group yang penghujung, dari jauh aku tengokkan je dorang terjun-terjun. Aku siap dah pasang niat dah nak terjun macam tu walaupun seumur hidup aku tak pernah buat. Dan aku ni sejenis manusia yang tak pandai berenang!

Tapi sampai-sampai kat hujung tu, aku macam biasa nak betulkan position duduk atas tiub yang sangat-sangat tak selesa, rasa macam hilang semangat dan nyawa aku bila perasan phone aku tak ada. *ini aku taknak lah cerita macam mana, bagaimana, kenapa, ia sangat-sangat mengganggu emosi aku*

So, kenangan kat Goa Pindul tak ada yang manis sikitpun bagi aku. Iphone 6 aku hilang mungkin dah tenggelam dalam gua tu. Atau kalau ada orang jumpa pun aku berdoa sangat agar dipulangkan. Aku sayang phone tu sangat-sangat. Gambar-gambar sepanjang kat Jogja banyak dalam tu. Everything is inside there!

Sampai sekarang jugak aku tawarkan reward untuk sesiapa yang berani menyelam atau kot-kot nanti iphone tu tertimbul ke. Aku akan bagi reward! Please contact erinlutfic@gmail.com kalau andaikata terjumpa ya.




Hari Ketiga

Hari ketiga ni kononya kami nak pergi Kalibiru dengan Pantai Timang sekali. Tapi sebab Kalibiru dengan Pantai Timang ni sama jauh tempatnya, so aku suggest pergi ke Pantai Timang je sebab aku teringin sangat-sangat nak naik gondola tu. Lagipun tertekan phone hilang, and aku suka dengan laut.

Perjalanan boleh tahan jauh jugak dari bandar Jogja dalam 2 jam macam tu. Pantai Timang ni agak dekat dengan Goa Pindul. So kalau korang nak pergi boleh pergi sekali jalan je senang.

Dah sampai kat sini kena sewa ojek (motor) yang orang-orang kampung tu sediakan. Tapi dorang lah yang bawak kau. Harga untuk sorang IDR170K tu pun lepas dapat kawtim dengan supir, dia yang mintakkan diskaun. Kalau tak lagi mahal.

Nak masuk ke pantai tu dalam 3km. Weyyyy aku tak sanggup naik motor! Habis kejang urat peha aku. Dengan keadaan jalan yang macam tu lepas tu naik motor yang macam tu. Ya Allah, aku rela jalan kaki. Tapi sebab dah bayar kan?

Sampai kat pantai, aku memang teruja gila lah! Cantik! Tapi agak berselut batu-batu kat situ mungkin hujan semalamnya. Panas tu dah memang panas walaupun pagi. Masa kitorang sampai belum ada pelancong lain lagi. Kira kami first trip lah sampai.


Pantai Timang

Aku excited jugak lah nak naik sangat-sangat gondola tu. Tapi yang lain-lain semua takut. Kurang safety katanya. Dorang ikat guna tali je. Ikat sana ikat sini. Jadilah cable car. Haha

Fee untuk naik gondola tu IDR200K gitu lah. Boleh naik dua orang.

Gayat tak gayat lah, bawah kau tu terus air laut yang ombaknya kuat gila. Entah ke dalam mana pun taktau. Tawakal je lah sebab aku memang teringin sangat nak merasa.


Gondola Pantai Timang

Dah sampai kat seberang sana rasa macam taknak balik oii. Panas terik pun aku tak kisah sunburn. Yang syok sangat bila tengok pemandangan darat dari pulau batu tu. Rasa damai sangat. Indah ciptaan Allah! Lama aku dengan Kaka lepak kat pulau batu tu. Bila dah kepanasan baru lah rasa nak balik ke seberang.


Pemandangan dari Pulau Batu (memandai je aku panggil batu)


Sebelum ke seberang. Budak yang jaga gondola tu ajak turun tangga pergi kat batu bawah tu. Aku mula-mula memang tak hingin la. Gayat kot. Tapi sebab Kaka pun dah turun bawah. Aku follow je lah. Itupun meraung-raung aku rasa nak balik. Haha ape lagi masa nak naik!

Pulau Batu tu port orang memancing lobster je. Gondola tu pun dibuat mungkin untuk kemudahan dorang ulang-alik tapi dah jadi satu tarikan pulak untuk pelancong.

Best memang best. Pantai Timang ni memang aku reccomend. Tapi kalau takut nak naik gondola tu, tak payah lah datang. Hehe lagi satu, orang-orang kat situ akan recommend korang pergi makan lobster. Tapi sebab kami nak berjimat-jimat catu duit. Kami makan pecel je. Nasi panas-panas lauk boleh pilih nak ayam goreng ke, ikan ke, sambal, dengan ulam. Lebih kurang macam nasi ayam penyet la kalau kat Malaysia. Tapi kat sini jauh lagi sedap dan murah! Yang penting  halal.

Petang dan malam tu kami just habiskan masa cari ole-ole je. Duit pun boleh tahan banyak jugak kena keluar. Haha rasa kaya sebab pegang duit juta-juta kann. Harga barang tu nak kata murah boleh lah tapi ada jugak yang lebih kurang. Ikut pada jenis kedai.

Silver sangat-sangat murah kat sini. Cantik pun cantik. Aku mampu tengok je lah sebab dah tak pandai pakai silver sejak start pakai emas. Heee


Sellie Coffee

Apepun Jogja memang best dan sangat awesome. Tak puas berjalan. Banyak lagi tempat aku nak pergi sebenarnya. Teringin sangat nak pergi Bromo. Borobudur tak dapat pergi. Kawah Sikidang, Kalibiru. Oii banyak lagi oii. Tapi nanti lah, kalau-kalau ada rezeki lagi jejak kaki kat sana lagi. Mana tau lepas ni terjumpa iphone 6 aku tu. Hihi sampai sekarang aku masih trauma dengan gua.

Ini sahaja yang dapat aku share. Trip yang tak berapa nak jimat sangat sebab around RM700 jugak tak termasuk tiket flight. Planning pun dalam masa sebulan je. Okay lah untuk yang last minute planning, tetiba ada rasa nak pergi. Bajet tak lebih RM1k pun. Lagipun ni first time aku keluar dari Malaysia. Memang takde pengalaman bercuti luar Malaysia. Nak bayar apa-apa pun terkial-kial kira duit rupiah. And sentiasa ready dengan converter apps dalam phone sebab nak tau harga dalam RM berapa.

Sebab ramai yang tanya aku, apa yang best kat Jogja. Aku nak cakap pun taktau. So ini lah cebisan sikit cerita aku sepanjang bercuti kat sana.


Sekian, terima kasih.


terima kasih sudi baca :)

Wednesday, August 7, 2013

moga engkau tenang di sana

السلام عليكم

waktu taip entry ni hati dan minda aku masih tak percaya. kadang rasa macam tak mampu terima. Taqwa Muniira Abdullah, telah pergi selamanya. Al-Fatihah {link myMetro}


Harian Metro/ 7 Ogos 2013

Berita Harian/7 Ogos 2013
Utusan Malaysia/ 8 Ogos 2013




waktu tu rehat tengahari kat kilang. aku tidur. tetiba phone aku vibrate lama. ingatkan message, rupanya cik Siti call. jarang dia call so mesti ada hal penting jadi aku pun jawab. nada suaranya cemas. dan ayat yang buat aku terpempan "erin, saya nak tanya kamu ni betul ke Taqwa dah meninggal". dalam kesamaran bunyi bising mesin aku masih mampu dengar dengan jelas. meninggal? masa tu hati aku hanya kata 'gurauan ke ni'. sangat tak percaya.

aku cuba call Pojan, nak mintak kepastian. tak angkat, mungkin tengah buzy. aku try call Hanisah. bila dia jawab call aku je terus dia kata "Erin, Taqwa dah takdak..Taqwa dah takdak Erin...". makin buat aku terkedu tak percaya. aku cuba lagi call Hanis pulak, hmm memang sahih. berita itu sah. tapi hati aku masih lagi tak percaya. aku call Amein, dia story everything sumber mana dia dapat cerita tu. tapi, aku masih susah nak percaya.

aku on fb, cik Rafizal bagitau benda yang sama. lagilah aku rasa macam mimpi. bukak chat, ramai yang tanya kat aku. aku pun taktau nak jawab cemana kat korang. sebab dah tak sanggup, aku update lah pasal berita tu. walau akal aku masih belum mampu terima.

seharian tu celaru kerja aku jadinya. sebabnya? masih tak percaya...


suka betul arwah pakai tudung kaler putih.



teringat masa sem 1, Taqwa rajin datang bilik aku kat tingkat 3. ada sekali tu, aku tak reti buat LK. memang tak pandai pun. budak IT ambik pembuatan. hancur la kan? disebabkan dia dulu sekolah teknik dan terrer bab-bab ni dia offer diri nak tolong buatkan. rajinnya dia. bersungguh-sungguh dia buat. macam kerja tu dia yang punya. dia cuma mintak upah kfc je. terima kasih Taqwa.

sem 2, bilik kami berjiran. sebelah-menyebelah. Taqwa takde roomate. kadang-kadang dia takut tidur sorang-sorang. ayat dia yang aku takkan lupa "Erin aku nak tido dengan kau malam ni boleh?". hmm, kadang tiap-tiap malam kau tidur dengan aku. sekatil. benda wajib yang ada dengan kau. selimut kesayangan kau tu :')

ada satu dress aku, kaler hijau kotak-kotak. kau berkenan sangat. kau mintak pinjam. aku bagi kau pakai sebab tau kau teringin. berseri-seri jek muka bila tengok baju tu. sampai kau kata "kalau kau taknak, aku nak beli dengan kau eh?" sorry, aku sayang baju tu Taqwa. tapi tak sangka. baju tu jugak akan buat aku teringat kat kau. nasib baik aku tak jual kat kau kan? sekurang-kurangnya ada benda dalam simpanan aku untuk kenangan kita.




aku ingat lagi, masa tu birthday Shitah kot? kita main baling-baling tepung, telur. masing-masing bertempiaran lari. semata-mata taknak mandi tengah malam dek kerana tepung dan telur tu.semua menyorok dalam bilik. masa tu aku menyorok dengan Hanisah. tetiba kau hantar mesej. kau kata kau kena panggil dengan ustazah sebab kita buat bising berjemaah. aku pikir kau tipu sebab nak kenakan aku. masa tu kami semua hampir-hampir percaya yang ustazah suruh kami pergi rumah dia. rupanya kau tipu. kau menyorok dalam bilik kak Nazila. aku geram dengan kau. aku pecahkan telur atas kepala kau. hihi. sorry :') kesian kau kena mandi malam-malam.

time birthday aku. kau jadi mastermindnya. sebab kau geram kan aku baling telur kat kau bukan masa birthday kau? malam tu kau ajak aku teman kau pergi toilet. kau kata kau takut. aku takut kau kenakan aku malam tu. hihi. tapi kesian punya pasal sebab tau kau memang penakut, aku teman jugak sampai luar toilet. tapi kau paksa aku masuk dalam. masuk dalam je, kau simbah aku dengan bancuhan budu. ish nakalnya kau. tapi kesian pulak tengok kau cuci toilet sorang-sorang malam tu. kau kata "takpe aku sanggup basuh toilet asalkan dendam aku terbalas". kesian dia :') {link}


Hanis, Ika, Taqwa, Erin, Hanisah, Nad


hujung sem 5 haritu, cik Munir suruh kemas bengkel. Pojan plan nak baling tepung kat kau sebab minggu depannya birthday kau. kami plan baekk punya sampai kau tak sedar langsung terperangkap dalam prank kan? last day pun masa tu. lepas tu masing-masing ojt. lama tak jumpa. kami ramai-ramai mandikan kau dengan tepung. haih banyaknya kenangan dengan kau.


lepas ojt, exam jpk. masa tu first puasa. masing-masing bergurau ajak pergi makan nasi kandar ahmad. gelak punya gelak tetiba aku terdengar kau cakap "kang ada yang naik van jenazah ramai-ramai bawak pinggan". masa tu entah kenapa rasa sedikit terkejut dengar kau cakap 'van jenazah'. tapi bila aku pandang kau, kau slumber je ketawa jadi aku anggap itu memang gurauan semata-mata.

one more thing, kau suka panggil aku erin erina.... :') kenapa ya?



banyak benda kita buat sama-sama. nak cerita pun tak sanggup. menitik air mata aku. tak sangka kau pergi dulu. kau punya periang takde siapa boleh lupa. Alhamdulillah kau pergi waktu bulan baik ni. aku doakan kau dan kakak kau tenang, dipermudahkan segala urusan di sana. ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan solehah. kami semua akan sentiasa ingat dan doakan kau dari jauh. salam sayang dan rindu dari aku, sahabatmu.

Al-Fatihah buat Taqwa Muniira Abdullah & Maala Muniira Abdullah. {link joegrimjow}



terima kasih sudi baca :)