Friday, September 7, 2012

kemalangan yg menghilangkan kuku kaki

السلام عليكم

entry ini ditaip bertujuan untuk dijadikan teladan dan kenangan buat anak cucu aku nanti. pada 9 Ogos 2012 yang lalu, aku telah terlibat dalam satu kemalangan kecil di persimpangan traffic light Permatang Tinggi pada jam 8.00 pagi waktu Malaysia. pada ketika itu, aku dalam perjalan  dari rumah sewa untuk ke kelas Control Engineering yang bermula pada jam 8.15 pagi. aku keluar rumah seawal jam 7.45 pagi dengan niat untuk membawa motor perlahan-lahan disebabkan beberapa hari kebelakangan itu aku sering memecut kerana terbangun lewat.

semuanya berjalan seperti biasa. tetapi, disebabkan bersengkang mata menyiapkan drawing FYP, aku kekurangan tidur dan agak mengantuk ketika menunggang. tiba di traffic light, aku berhenti di barisan motor yang paling belakang kerana terlalu banyak motor-motor yang teruja nak dok bawah tiang traffic light. sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, aku pun mula memulas minyak dengan sopan. ketika ingin membelok, aku berhadapan dengan sebuah konflik, sebuah kereta buruk berwarna putih membawa terlalu perlahan.

aku hanya ada dua pilihan, kalau aku pecut, aku selamat. kalau aku tak pecut, mungkin aku akan melanggar divider atau mungkin aku langgar kereta buruk tu. sebabnya kat sebelah aku ada kereta unser yang jalan laju macam tak nampak aku. so, aku pun memecut dan aku berjaya melepasi kereta buruk yang lembab itu. aku menunggang seperti biasa, menanti jalan di sebelah kiri lenggang untuk aku masuk ke laluan kiri. disebabkan jalan dihadapan aku lenggang kerana aku adalah motor yang boleh menyelit, jadi aku pun memecut perlahan-lahan. tetapi, seekor makhluk yang menunggang motosikal di hadapan kereta buruk tadi entah kenapa dia mungkin tak nampak aku yang besar ni, dia tiba-tiba memecut dan melanggar/TERlanggar bahagian kiri motor sekaligus menghentam kaki kiri aku.. dan dia terus memecut laju serta menghilangkan diri selepas menoleh ke arah aku

nasib aku baik, aku pakai safety boot. tetapi aku hilang kawalan dan saat itu, aku rasa umur aku dah tak panjang. kalau aku jatuh, kereta belakang akan langgar aku. mujur lah aku tak tekan brek. tetapi dalam keadaan tak sedar akibat hilang kawalan, aku termasuk ke laluan sebelah kiri dan tiba-tiba aku dirempuh dari belakang. semuanya berlaku begitu pantas. entah macam mana, motor aku kembali stabil. aku pun terpandang side mirror. aku nampak ade orang jatuh. memang aneh, kena langgar dua kali tapi sikit pun tak jatuh. Ya Allah!

aku berhenti dengan niat baik untuk menolong, meminta maaf dan menerangkan keadaan sebenar. tapi waktu tu lidah aku kelu. tangan aku menggigil. aku rasa takut sangat. tak dapat bayangkan kalau yang melanggar aku tadi, kereta ataupun lori. Ya Allah...! tapi aku tak sempat nak terangkan keadaan sebenar kepada orang yang melanggar aku. kesian dia..cedera teruk..sedangkan aku yang dilanggar dua kali ni, hanya kehilangan kuku kaki je.

akibat kuku yang panjang dan hentakan semasa kemalangan, kuku aku patah dan telah mencederakan isi kuku. isi kuku menjadi bengkak dan kembung serta darah beku sehingga menyebakan kesakitan yang amat sangat. setelah mendapatakan rawatan dan ubat-ubatan di hospital, bengkak surut dan luka pun sembuh. dan, kuku pun tanggal setelah dua minggu aku hidup dengan keadaan kuku yang tak bercantum dengan isi.


ni bukan kuku hantu, kuku aku!

sekian, pengalaman ngeri Erin Lutfi :) Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

terima kasih sudi baca :)